Nintendo Koppai Fusajiro Yamauchi

Pada 23 September 1889, Fusajiro Yamauchi membuka kedai kad "Hanafuda"[3] (kad bunga) pertama yang dipanggil " Nintendo Koppai ", ketika masa pemerintah Jepun melarang permainan kad bagi masyarakat, kerana permainan itu dikaitkan dengan perjudian, kecuali kad permainan Yamauchi.[4][5] Dengan kejayaan besar yang dicapainya dalam menjual kad-kad ini, dia dengan cepat mulai mengembangkan dan membuka sebuah lagi kedai kad di Osaka. Dia kemudian membuat lebih banyak permainan kad.